HomeIsu tempatan'Online Shopping' semakin digemari - Amisah

‘Online Shopping’ semakin digemari – Amisah

Read Time:1 Minute, 26 Second

RANAU: Dunia semakin hari semakin maju dan banyak perubahan dapat dirasai, jaringan internet sudah sebati dalam kehidupan seharian, kata Adun dilantik Datuk Amisah Yassin.

Beliau berkata tidak kira di mana kita berada, semuanya boleh diakses di hujung jari saja.

Katanya sebagai contoh, ‘online shopping’ ataupun beli belah dalam talian telah menjadi medium utama ketika pandemik Covid19 melanda.

“Disinilah bermulanya eUsahawan dapat terus berkembang kerana pada masa kini ramai yang membeli barangan seperti baju, alat solek, barang keperluan rumah dan banyak lagi melalui aplikasi-aplikasi dalam talian.

“Dengan adanya, program seperti begini kita dapat kenalpasti proses dan cara bagaimana untuk mulakan perniagaan di atas talian, katanya semasa merasmikan program E-Usahawan bersama MDEC yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Beliawanis P.179 Ranau di sini hari ini.

Menurut Amisah bidang eUsahawanan telah menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi negara terutamanya negara-negara maju dan sedang membangun.

Jelasnya bidang keusahawanan telah dilihat sebagai bidang yang dapat meningkatkan ekonomi negara, daya saing negara, pendapatan individu, mengatasi masalah kemiskinan, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru serta meningkatkan kualiti kehidupan.

“Kita ambil contoh daripada seorang ahli perniagaan iaitu Lee Thiam Wah CEO 99 Speedmart.

“Beliau merupakan seorang yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya namun beliau tidak menganggap kelainan upayanya sebagai satu cabaran, sebaliknya 99 Speedmart telah menjadi satu rangkaian kedai serbaneka yang terbesar di Malaysia,” ujar Amisah.

Menurutnya, pengetahuan mengenai kemahiran pengurusan kewangan, pentadbiran perniagaan dan pemasaran sangat membantu usahawan dalam menentukan hala tuju perniagaan mereka.

“Selain itu, pengetahuan dan kemahiran dalam aplikasi teknologi yang bersesuaian dengan perniagaan mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti produk dan perkhidmatan yang diusahakan.

“Usahawan juga perlu mempunyai ketahanan dan kesabaran apabila berdepan dengan cabaran. Mereka perlu bijak dan kreatif dalam mencari solusi apabila berdepan dengan cabaran,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular