HomeUtamaCadangan bina bangunan Sekolah Menengah di Limbahau diberi perhatian sewajarnya - Juil

Cadangan bina bangunan Sekolah Menengah di Limbahau diberi perhatian sewajarnya – Juil

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim merayu agar cadangan untuk pembinaan sekolah menengah di Limbahau diberikan perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Negeri dan Kementerian Persekutuan.

Katanya, di Limbahau tidak mempunyai sekolah menengah, dengan kedudukan geografinya yang jauh daripada bandar dan pekan besar sekolah menengah berasrama juga diperlukan.

“Jika diperincikan, pelajar-pelajar Limbahau buat masa ini terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut yang hanya ada kapasiti kira-kira 1,000 pelajar.

“Memandangkan ia melebihi kapasiti, dua sesi persekolahan terpaksa dilaksanakan dan asrama juga tidak dapat menampung keperluan penduduk yang sebilangannya daripada Limbahau,” katanya pada sesi perbahasan berkaitan Belanjawan Negeri Sabah untuk Tahun 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Menurut Juil, sudah empat kali beliau mengemukakan keperluan pembinaan sekolah menengah itu agar dapat direalisaikan di Limbahau.

“Rasanya ini sudah kali keempat saya mengemukakan keperluan mendesak daripada rakyat-rakyat Limbahau untuk pembinaan sekolah menengah ini.

“Pada sidang-sidang DUN terdahulu, saya menyatakan bahawa lokasi untuk sekolah menengah ini sudah pun dikenal pasti di Kg Gana seluas 30 ekar,” katanya.

Beliau juga telah berhubungan dengan Jabatan Pelajaran Sabah mengenai perkara itu.

“Saya telah pun berhubung dengan Jabatan Pelajaran Sabah mengenai perkara ini, dan difahamkan, jabatan itu kekal dengan keputusannya untuk sekolah yang dicadangkan dibina di tapak yang sudah ditetapkan.

“Bagaimanapun peruntukan daripada kerajaan persekutuan tidak dapat disalurkan selagi tapak ini masih menjadi hak milik Kerajaan Negeri. Oleh itu, pemindahan hak milik tanah ini kepada Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk peruntukan ini dapat disalurkan.

“Justeru, saya mencadangkan agar pembinaan sekolah ini dapat direalisasikan menggunakan pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Kalau boleh, Datuk Speaker, saya mahu sekolah ini dapat ini dibina dengan tanah ini dikekalkan hak miliknya dengan Kerajaan Sabah tanpa perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti Madani diseru manfaatkan aplikasi ‘PriceCatcher’, ‘Speedtest’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular