HomeUtamaManfaatkan sebaik mungkin peruntukan pertanian yang diberi - Dr Ramle

Manfaatkan sebaik mungkin peruntukan pertanian yang diberi – Dr Ramle

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Pemain sektor pertanian di negeri Sabah perlu memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan yang diberikan seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam Belanjawan Negeri Sabah 2024 pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 November 2023, kata Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr Ramle Kasin.

Beliau berkata, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pemain industri berskala besar malah memberi keutamaan kepada usahawan tani berskala kecil dan sederhana.

“Bajet tersebut menekankan kesejahteraan rakyat dan kepentingan
sektor pertanian, yang merupakan salah satu penyumbang penting kepada ekonomi di negeri Sabah.

“Malah, sektor ini amat penting dalam menyokong usaha kerajaan untuk bekalan sekuriti makanan yang berterusan demi kesejahteraan negara secara keseluruhannya.

“Oleh yang demikian, sektor pertanian perlu sentiasa dipupuk dan dicadangkan bagi membolehkannya berkembang dan terus menjana pendapatan terutamanya bagi penduduk di luar bandar dan petani serta usahawan kecil dan sederhana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dengan pendekatan strategik, usaha untuk mengukuhkan sektor pertanian akan menjadi kunci untuk mengurangkan jurang pendapatan antara masyarakat bandar dan luar bandar.

“Lembaga Koko Malaysia (LKM), satu-satunya agensi Persekutuan
yang ibu pejabatnya berpusat di Kota Kinabalu, merupakan salah satu agensi utama sektor komoditi negara, akan terus komited dan memainkan peranan aktif dalam memupuk industri hiliran dan huluan koko untuk kesejahteraan negara,”katanya.

Dr Ramle turut memaklumkan, pihak LKM menantikan projek kerjasama, terutamanya dalam penyepaduan
koko dengan tanaman lain di Sabah, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan pendapatan petani dan menyumbang secara positif kepada pembangunan ekonomi Sabah bagi memastikan ia kekal berdaya maju dan mampan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular