HomeUtama541 unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina setakat 22 Nov 2023...

541 unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina setakat 22 Nov 2023 – Samad

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Setakat 22 November 2023, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil di seluruh Negeri Sabah sedang dalam
pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sebanyak 959 unit dan telah menyiapkan sebanyak 541 unit, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Samad Jambri @ Jamri.

Ini bagi menjawab soalan yang diajukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Datuk Jonnybone J. Kurum mengenai jumlah Rumah Mesra SMJ yang telah siap dan sedang dalam pembinaan di seluruh Sabah pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, Samad turut menjawab soalan tambahan daripada ADUN Telupid itu mengenai kaedah pembinaan Rumah Mesra SMJ ini sama ada masih kekal melalui sistem pasang siap ataupun menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) ataupun sudah ada arahan secara konvensional serta surat pekeliling dikeluarkan mengenai perkara tersebut.

Samad berkata, pihak kementerian melalui keputusan kabinet semuanya telahpun menetapkan bahawa proses pelaksanaan Rumah Mesra SMJ yang pada awalnya mengguna pakai sistem IBS namun demikian kelonggaran diberikan kepada tempat-tempat ataupun lokasi-lokasi tertentu yang tidak boleh dilaksanakan secara konvensional amat sukar dilaksanakan melalui IBS.

“Namun demikian surat pekeliling ini telahpun dipanjangkan kepada pejabat-pejabat daerah dan juga pejabat-pejabat pelaksana untuk memastikan bahawa program ini boleh dilaksanakan secara IBS dan boleh dilaksanakan secara konvensional dan untuk salinan kepada kepada Yang Berhormat inshaaAllah pihak kementerian akan memberikan kepada pihak Yang Berhormat,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong turut meminta senarai Rumah Mesra SMJ bagi kawasan DUN beliau.

“Tiada masalah pihak kementerian akan memberikan salinan terperinci untuk pelaksanaan Rumah Mesra SMJ bagi kawasan DUN Sulabayan melalui pejabat Daerah Semporna,” jelas Samad.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular