HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Sabah tegas tuntut hutang, termasuk lantik 'along'

DUN Sabah : Kerajaan Sabah tegas tuntut hutang, termasuk lantik ‘along’

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Syarikat yang mempunyai pinjaman dengan Bank Pembangunan Sabah (SDBank) khususnya dari Semenanjung tidak akan terlepas daripada tindakan kerajaan negeri sehingga hutang mereka diselesaikan.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kerajaan negeri tegas termasuk melantik ‘along’ untuk mengejar hutang terbabit.

Beliau berkata, sehingga kini tiada peminjam yang terdiri daripada syarikat persendirian, khususnya dari Semenanjung yang hutang mereka dihapus kira.

“Saya mahu kongsi bahawa sebenarnya kita telah melantik pegawai baharu yang mempunyai reputasi macam ‘along’ untuk mendapatkan semula hutang yang belum dibayar.

“Kita tidak takut untuk menuntut hutang, kalau (guna) along pun, along lah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN – Senallang) pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden WARISAN itu bertanya mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap syarikat yang masih berhutang dan usaha yang diambil untuk menuntut semula wang terbabit.

Masidi berkata, kerajaan negeri sedar ada syarikat dari Semenanjung datang meminjam di negeri ini selepas tidak berjaya mendapatkan pinjaman di negeri lain, namun gagal membayar semula.

“Bagus juga saya nyatakan di sini, ia satu pengajaran bagi kita kerana kadang-kadang syarikat dari Semenanjung yang tidak berjaya mendapat hutang (pinjaman) bank di Semenanjung lari ke Sabah untuk mendapatkan pinjaman, sayapun tidak faham,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya