HomeUtamaDUN Sabah : Pelaksanaan Hak-Hak Sabah dalam MA63 masih dalam perbincangan di...

DUN Sabah : Pelaksanaan Hak-Hak Sabah dalam MA63 masih dalam perbincangan di bawah MTPMA63

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan mengenai Hak-Hak Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kini masih dalam proses perbincangan, rundingan dan pelaksanaan di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, proses perbincangan, rundingan dan pelaksanaan itu perlu melalui beberapa peringkat yang melibatkan aspek perundangan, pentadbiran kewangan, struktur organisasi dan perkara-perkara lain.

“Status perkara-perkara yang telah selesai dan telah dilaksanakan adalah seperti Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) dan Pemberian  Kuasa (Empowerment)   Mengenai          Pelesenan            dan Penangkapan Ikan Laut Dalam Kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Selain itu, Penyerahan Kuasa ke atas Pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Negeri Sabah; Penyerahan Kuasa Kawal Selia Gas; Pengiktirafan JKR Negeri Sabah sebagai Jabatan Teknikal di bawah AP182; Pelantikan wakil Kerajaan Negeri Sabah sebagai ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); dan Penyerahan  kuasa  kawal  selia  pembekalan  elektrik kepada  Kerajaan Negeri Sabah pada 3 Januari 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr Yusof @ Josree Yacob [Gagasan -Sindumin] pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Nizam berkata, Kerajaan negeri juga masih meneruskan perbincangan pelaksanaan pemberian khas daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pendirian Kerajaan Negeri masih sama iaitu jumlah pemberian khas yang dituntut adalah berdasarkan formula yang termaktub di bawah Seksyen 2(1), Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan iaitu bersamaan dengan 40 peratus daripada amaun hasil bersih yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan dari negeri Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya