HomeUtamaTaman-Taman Sabah jalin kerjasama dengan Korea National Park Service, urus Global Geopark

Taman-Taman Sabah jalin kerjasama dengan Korea National Park Service, urus Global Geopark

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Taman-Taman Sabah telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Korea National Park Service untuk menjalin kerjasama dalam pengurusan Global Geopark di antara kedua-dua negara dalam tempoh 5 tahun.

Menterinya Datuk Christina Liew memaklumkan perkara itu kepada sidang Dewan bagi merujuk cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong agar satu penyelarasan kerjasama dilakukan di antara kawasan Geopark Sabah dengan kawasan Geopark di Korea dan China.

Jelas Christina, Taman-Taman Sabah juga telah mula mengadakan perbincangan awal dengan pihak People’s Government of Shen nong jia Forestry District, China yang merupakan agensi bertanggungjawab mengurus kawasan Global Geopark Shennongjia di China untuk menjalinkan kerjasama pengurusan Geopark.

“Kementerian yakin dengan kerjasama yang terjalin ini akan mengukuhkan lagi pengurusan Kinabalu Global Geopark secara mampan dan lestari,” jelasnya dalam ucapan penggulungannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai dengan saranan ADUN Sulabayan berhubung dengan pengenalan cukai tempatan dalam sektor pelancongan.

Christina berkata, bahawa industri pelancongan terletak di bawah senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia. Namun, kementeriannya akan cuba mengkaji perkara ini dengan lebih teliti bersama dengan
Kementerian Kewangan.

“Pada masa sama, kementerian juga
mengalu-alukan sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan boleh melihat perkara ini agar dapat dikuatkuasakan dalam enakmen sedia ada.

“Manakala berhubung dengan hasil cukai pelancongan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi, sememangnya kementerian saya telahpun memanjangkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Saya yakin juga bahawa Kementerian Kewangan Negeri telah menyuarakan perkara ini kepada Kementerian Kewangan Malaysia,” jelas Christina lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular