HomeUtamaJKNS semak, tambah baik prosedur kerja semasa dan logistik

JKNS semak, tambah baik prosedur kerja semasa dan logistik

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menyemak dan menambah baik prosedur kerja semasa dan peralatan logistik bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warga kerja jabatan itu ketika bertugas sentiasa terjaga.

Pengarah JKNS Datuk Dr Asits Sanna berkata, ia termasuklah dalam menjalankan tugas lawatan rumah pesakit khususnya di kawasan pedalaman di negeri Sabah. 

Katanya, jabatan ini juga sentiasa komited untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini.

“Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial berkenaan keadaan seorang Jururawat Masyarakat yang sedang bertugas membuat lawatan rumah ke sebuah rumah pesakit di kawasan pedalaman di negeri Sabah.

“Kejadian tersebut dirakamkan pada 28 November lalu oleh salah seorang penduduk kampung yang turut sama dalam perahu semasa Jururawat Masyarakat dari Klinik Desa Mandurian sedang dalam perjalanan menyeberangi sungai ke Kampung Mangkabusu, Pitas untuk membuat lawatan rumah dan menjalankan pemeriksaan dan rawatan lanjut ke atas pesakit yang baru bersalin. 

“Jururawat Masyarakat berkenaan tidak sempat balik ke rumah untuk menukar pakaian yang sesuai contohnya memakai seluar gelap apabila menjalankan tugas di lapangan kerana jarak antara Kampung Mangkabusu dengan rumah Jururawat Masyarakat berkenaan adalah 100 kilometer sedangkan Jururawat Masyarakat perlu memberi perkhidmatan kesihatan yang segera kepada pesakit berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Asits berkata, mengikut pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh Julai Tahun 2014, Jururawat yang menjalankan tugas di lapangan dibenarkan memakai seluar berwarna biru gelap.

Katanya, sebelum perjalanan bermula, Jururawat Masyarakat tersebut dilaporkan telah tergelincir semasa sedang menaiki perahu menyebabkan sebahagian pakaian seragamnya terkena kotoran lumpur.

“Walaubagaimanapun, Jururawat Masyarakat berkenaan telah membersihkan kotoran pada pakaian seragamnya sebelum memberi rawatan kepada pesakit berkenaan.

“Jabatan ini menghargai pengorbanan dan dedikasi semua warga kerja di jabatan ini terutamanya jururawat-jururawat masyarakat yang bertugas di kawasan pedalaman di negeri Sabah dalam menjalankan tugas perawatan kepada rakyat meskipun  berhadapan  dengan  cabaran-cabaran  besar  seperti  isu  logistik  dan geografi yang mencabar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular