HomeUtamaRM474.55 juta peruntukan bagi pembangunan modal insan di Sabah tahun depan -...

RM474.55 juta peruntukan bagi pembangunan modal insan di Sabah tahun depan – Hajiji

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Sejumlah RM474.55 juta akan diperuntukkan kepada program pembangunan modal insan di negeri ini pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara tumpuan yang diberikan dalam program berkenaan adalah geran pendidikan dan biasiswa.

Katanya, kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi mengurangkan beban mereka yang mahu meneruskan pengajian diperingkat pengajian tinggi, seperti bantuan tunai secara one-off untuk membayar yuran pendaftaran dibawah Program Bantuan Pendaftaran IPT (BUDI).

Menurutnya, inisiatif itu dilaksanakan dalam usaha menjaga kebajikan dan keperluan para pelajar serta ia merupakan agenda utama kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika di Majlis Penutupan Sukan Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) Zon Sabah 2023 di Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), di sini semalam.

Hajiji yang juga Canselor UCSF menyeru para pelajar institusi pengajian tinggi swasta dan awam untuk terus menyokong pembangunan negeri melalui rancangan rancangan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan negeri memerlukan sokongan bagi memastikan semua agenda pembangunan dalam rancangan Hala Tuju SMJ berjaya dilaksanakan,” katanya.

Mengenai perkembangan terkini UCSF, Hajiji berkata, beliau menyokong penuh rancangan universiti itu untuk menubuhkan kampus di luar Kota Kinabalu.

“Sebagai Canselor UCSF, saya sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan tinggi di Sabah dan institusi milik kerajaan negeri.

“Saya telah mengambil maklum tentang isu positif yang diumumkan oleh Naib Canselor, dan sebagai susulan kepada keputusan kerajaan negeri untuk menyediakan dana penyelidikan dan pembangunan.

“Saya difahamkan bahawa Pusat Kajian Pembangunan UCSF sedang menjalankan beberapa penyelidikan. 

“Saya percaya dengan keupayaan dan kekuatan penyelidikan yang ada sekarang, UCSF mampu menghasilkan penyelidikan dalam pelbagai bidang pengajian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata Sukan MASISWA atau institusi pengajian tinggi antara swasta (IPTS) merupakan platform terbaik untuk membentuk ‘Atlet Berfikiran’.

Katanya, seramai 1,600 atlet dan pegawai dari 17 institusi berkumpul selama empat hari di kampus tuan rumah, UCSF untuk bersaing dalam sembilan acara.

“Saya gembira melihat kerjasama dan penglibatan IPTS di Sabah. Teruskan kerjasama dan semangat kesukanan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular