HomeUtamaKarnival OK9 PsTTL dicadang ke peringkat negeri

Karnival OK9 PsTTL dicadang ke peringkat negeri

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu: Program Karnival OK9 ‘Preschool English Language Teachers In Teaching and Learning’ (PsTTL) dicadang untukbdilaksanakan peringkat negeri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Ariffin Mohd Arif berkata, program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu itu menampilkan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran bagi memperkasakan bahasa Inggeris bermula dari peringkat awal prasekolah.

“Objektif utama Program OK9 PsTTL adalah untuk meningkatkan dan memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru prasekolah yang mana akan memberi kesan kepada asas serta pemeringkatan penguasaan bahasa bagi semua murid.

“Saya dimaklumkan penganjuran ini juga melibatkan PPD dari beberapa daerah dan telah dua tahun diadakan, oleh itu, saya mencadangkan supaya penganjurannya dibuat setiap tahun dan dikembangkan ke peringkat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Karnival OK9 PsTTL 2023 anjuran Sektor Pembelajaran dan Sektor Pengurusan, PPD Kota Kinabalu disini semalam.

Arifin berkata, Kerajaan akan turut membantu dalam penganjuran program sebegini kerana ia amat baik dan mudah-mudahan akan memberi impak kepada anak-anak dalam menguasai bahasa Inggeris bermula dari asas.

Katanya, penguasaan bahasa Inggeris amat perlu kerana dapat meningkatkan pembudayaan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda.

“Penganjuran karnival ini juga harus dikembangkan bagi mata pelajaran lain pada masa akan datang.

“Syabas dan tahniah kepada seluruh warga PPD Kota Kinabalu kerana berjaya melaksanakan karnival ini seiring hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan bahasa Inggeris di kalangan guru dan murid seawal umur 5 tahun, ” katanya.

Pada majlis tersebut Arifin turut menyampaikan Anugerah Tokoh Inspirasi kepada mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Tah Nia Jaman di atas usaha memartabatkan pendidikan prasekolah di peringkat negeri.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Suhaimi Matshah.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular