HomeIsu tempatanPersatuan Suara Belia Beaufort johan kategori Pertubuhan Anugerah Perdana Belia Sabah

Persatuan Suara Belia Beaufort johan kategori Pertubuhan Anugerah Perdana Belia Sabah

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Suara Belia Beaufort berjaya dinobatkan Johan Kategori Pertubuhan Belia bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2023.

Persatuan tersebut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, sijil penghargaan dan piala iringan yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semasa Majlis Perasmian Karnival Belia Sabah 2023, di sini hari ini.

Menjadi perintis Up Town Belia dan Pasar Malam Belia di Beaufort, persatuan tersebut menjadi inspirasi kepada belia di daerah lain selain menjadi persatuan tunggal yang mendapat kerjasama daripada syarikat sukan terkenal, Sabah Ultron Sdn Bhd bagi mengelola program sukan di daerah berkenaan.

Naib johan pula dimenangi oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Ranau manakala Kelab Anak Muda Progresif Beverly Hill berada di tempat ketiga.

Sementara itu, Johan Kategori Individu Wanita disandang oleh pemenang Global Hackathon Literasi Maklumat dan Media UNESCO, Alesya Asa, 21, dari Kampung Enam, Nabawan. 

Aleysa yang pernah menerima Anugerah Bintang Kebesaran Bintang Kinabalu pada 2022 menerima piala iringan, wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan.

Beliau juga merupakan 10 Finalis Terbaik bagi Global Student Prize 2022 di peringkat antarabangsa daripada 7,000 pencalonan dari 150 buah negara yang menyertai pertandingan.

Bagi Kategori Individu Lelaki pula, konsultan dan tenaga pengajar usahawan tani, Azizul Julirin, 35 dari Kampung Lembah Permai, Kundasang muncul johan sekaligus membawa pulang piala iringan,  wang tunai RM5,000 serta sijil penghargaan.

Azizul adalah pemilik dan Pengarah Urusan Syarikat Kundasang Aquafarm dan mempunyai perniagaan inap desa serta kafe.

Sementara itu, bagi Anugerah Khas Kementerian Belia dan Sukan Kategori Badan Beruniform diungguli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Sabah yang turut menerima sijil penghargaan, wang tunai RM15,000 dan piala iringan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular