HomeUtamaTaman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia beri lembaran baru kepada TTS

Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia beri lembaran baru kepada TTS

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kundasang : Pengisytiharan Taman Kinabalu sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia 23 tahun lalu berjaya memberi satu lembaran baru kepada Taman-Taman Sabah (TTS) dalam memastikan dasar yang ada selaras dengan kehendak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim berkata, pelbagai usaha terutama dari sudut penguatkuasaan, pembangunan pelancongan, penyelidikan dan hubungan dengan komuniti telah diperkasakan selaras dengan dasar yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

Katanya, pada 2010, TTS telah mengorak langkah untuk melibatkan komuniti terutama dalam program-program Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu.

“Dasar ini telah membawa kepada pelbagai kerjasama antara TTS dengan komuniti berkepentingan terutama sekali dalam membangunkan dan memelihara adat budaya komuniti dengan Gunung Kinabalu.  

“Hari komuniti yang diadakan pada setiap tahun termasuk pada hari ini, merupakan salah satu komitmen yang diberikan oleh TTS kepada komuniti untuk meneruskan budaya mereka agar ianya berkekalan dan diteruskan oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sambutan Ulangtahun ke-23 Pengisytiharan Taman Kinabalu Tapak Warisan Dunia di sini hari ini.

Maklarin berkata, TTS juga telah mencipta sejarah buat kali pertama pada 2015 dalam menyediakan pelan strategik Taman-Taman Sabah 2015 – 2025.  

Katanya, menerusi pelan strategik itu antara lain Taman-Taman Sabah mensasarkan pengurusan bertaraf antarabangsa termasuklah memperkasakan serta mengekalkan Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia. 

“Selain daripada itu, keterlibatan komuniti berkepentingan terhadap Taman Kinabalu dipertingkatkan dengan pendekatan amalan pengurusan terbaik atau Best Management Practice.

“Melalui pendekatan ini, Taman-Taman Sabah terus berusaha melaksanakan program-program yang memberi impak terutama  terhadap peningkatan  ekonomi komuniti setempat.  Salah satu contoh, Taman Sabah telah mengeluarkan 18 permit eko-pelancongan kepada komuniti dalam daerah Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.  

“Melalui  pendekatan ini, jelas menunjukkan usaha Taman untuk bekerjasama dengan komuniti dalam memastikan eko-pelancongan dan konservasi dilaksanakan secara mampan,” katanya.

Terdahulu, seramai 90 orang komuniti diberi kebenaran mendaki Gunung Kinabalu secara percuma.  

Selain daripada itu, seramai lebih 700 orang komuniti daripada 38 buah kampung telah mengambil bahagian dalam ziarah gunung. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular