HomeIsu tempatanSambutan Krismas Kota Kinabalu 12 Disember ini

Sambutan Krismas Kota Kinabalu 12 Disember ini

Read Time:2 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Majlis Gereja-Gereja Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal menganjurkan Kota Kinabalu Christmas Celebration 2023 (KKCC 2023) kali ke-18 di Padang Merdeka bermula 12 hingga 15 Disember ini.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, program selama empat hari itu bertemakan ‘Krismas: Perpaduan dan Harmoni’ merupakan seruan untuk bersatu dan bersama-sama walaupun kita mempunyai perbezaan. 

Katanya, ia juga mengingatkan masyarakat bahawa semua individu adalah satu komuniti, dan harus berusaha untuk mempromosikan perdamaian, kasih sayang, dan pemahaman dalam masyarakat.

“Majlis Perasmian KKCC 2023 akan dilaksanakan pada 12 Disember yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.  Sambutan acara Krismas ini adalah terbuka kepada seluruh orang awam sepanjang empat malam berturut-turut, bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam.

“Persembahan pentas akan dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian, tarian dan drama oleh gereja dan para artis tempatan Sabah seperti The Male-Efficient, Joe Balanjiu Jr, Esther Applunius, Monica Marais, Persekutuan Kayan Sabah, Sylvilina, La Cantare Group, Leslie Augustus, persembahan koir dari denominasi gereja yang berbeza dan ramai lagi yang akan menyemarakkan perayaan Krismas ini.

“Lagu tema KKCC 2023 yang bertajuk ‘Kasih Natal’ akan bergema sepanjang malam KKCC sebagai seruan kesatuan kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Junainah berkata, KKCC Sunset Fun Run 5KM akan turut diadakan pada 10 Disember sebagai pembuka acara KKCC 2023 dan dimulakan pada jam 5.30 petang.  

Katanya, pihak jawatankuasa penganjur menganggarkan penyertaan seramai 600 pendaftaran dari seluruh warga Kota Kinabalu.

“Larian sejauh lima kilometer ini bermula dari Padang Merdeka ke Sabah International Convention Centre (SICC) dan garisan penamat kembali ke Padang Merdeka. Program-program menarik selepas  larian seperti cabutan nombor  bertuah dan kostum menarik juga akan dilaksanakan.

“Laungan nyanyian Christmas Carol oleh para jemaat gereja di seluruh Kota Kinabalu akan dipersembahkan di kawasan tertentu di bahagian belakang pentas utama untuk para tontonan pengunjung.

“Pelbagai gerai jualan yang dibuka dengan menawarkan bermacam-macam barangan, makanan, peralatan Krismas, barangan hasil tempatan dan banyak lagi khusus untuk pengunjung KKCC 2023 ini,” katanya.

Dalam pada itu, Junainah berkata, dekorasi Krismas tahun ini juga akan diwarnai oleh persembahan lampu yang akan memukau para pengunjung yang hadir. 

Selain itu, turut memeriahkan hiasan Krismas seperti Nativity Hut dan Pokok Krismas berukuran 50 kaki x 20 kaki. Hiasan lampu Krismas yang menarik akan memberikan suasana yang harmoni buat pengunjung dan tetamu yang hadir.

Semangat sambutan Krismas ini juga akan kita kongsikan bersama badan-badan amal yang terpilih, yang mana kempen kutipan amal akan dijalankan sepanjang empat  malam ini. 

Junainah beriata, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah juga tidak dilupakan yang mana hadiah natal akan diberikan kepada mereka sepanjang sambutan ini berjalan.

“Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke Padang Merdeka boleh mengikuti siaran langsung perayaan ini yang boleh ditonton di laman Facebook rasmi iaitu 18TH Kota Kinabalu Christmas Celebration,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini bolehlah menghubungi En. Sr. Lifred Wong di talian 013-870 0264 dan Pn. Mandy Nancy Joe di talian 012-842 7080.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Presiden Persatuan Alumni KTYS terima Darjah Kebesaran P.G.D.K

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular