HomeUtamaPenganjuran HPPK di Sabah, komitmen kerajaan hargai sumbangan penjaja, peniaga kecil

Penganjuran HPPK di Sabah, komitmen kerajaan hargai sumbangan penjaja, peniaga kecil

Read Time:1 Minute, 39 Second

Penampang :  Kejayaan penganjuran Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023 di tapak tamu Pekan Donggongon, adalah manifestasi komitmen dan apresiasi Kerajaan MADANI menghargai sumbangan komuniti penjaja dan peniaga kecil kepada ekonomi dan KDNK negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, penganjuran HPPK2023 bukan hanya menjadi platform kepada komuniti penjaja merancakkan aktiviti perniagaan, malah pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat-maklumat terkini daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Beliau berkata, ini termasuk maklumat mengenai pembiayaan dan latihan keusahawanan yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah kementeriannya.

“Tahun ini, penganjuran sambutan HPPK berkonsepkan karnival jualan iaitu lebih 300 usahawan kecil mengambil bahagian termasuk pengusaha food truck dan peniaga kecil tamu.

“Dalam usaha kita menjiwai denyut dan nadi komuniti penjaja, kita perlu tampil bersama-sama mereka di tempat di mana mereka berjualan mencari rezeki termasuk di tamu-tamu komuniti dan pasar-pasar rakyat agar kita dapat cakna dan memaknai perjuangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival HPPK Peringkat Kebangsaan 2023 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Buhavan Square, di sini, hari ini.

Sambutan Karnival HPPK Peringkat Kebangsaan 2023 itu dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ewon berkata, sebagai anak kepada seorang ibu yang pernah berjualan di tamu, beliau sangat memahami isu, cabaran dan harapan komuniti penjaja dan peniaga kecil.

“Siapa lagi yang lebih memahami melainkan kita yang pernah bersama-sama dalam komuniti ini. Inilah perjuangan saya untuk mengangkat martabat komuniti penjaja selagi mana Perdana Menteri meletakkan amanah kepada saya di Kementerian ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata,  kementeriannya dapat mempermudahkan setiap urusan golongan itu dengan membimbing mereka sehingga selesai proses permohonan pembiayaan.

“Sebab itu KUSKOP telah menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah (MPUKPPKPD) tahun ini sebagai antara inisiatif kementerian mempermudahkan hal-hal terkait dengan penjaja dan peniaga kecil.

“Kita juga memilih Pekan Donggongon sebagai lokasi penganjuran HPPK2023 bersesuaian dengan tapak ini yang menjadi punca rezeki kepada banyak penjaja dan peniaga kecil,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya