HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan lima individu tidak miliki dokumen pengenalan diri

Maritim Malaysia tahan lima individu tidak miliki dokumen pengenalan diri

Read Time:1 Minute, 5 Second

Lahad Datu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pam berwarna hijau tanpa nombor pendaftaran yang dikendalikan oleh enam orang kru dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.5 batu nautika di kawasan Timur Pulau Bohayan, Kunak semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah berjaya mengesan sebuah bot pam melalui rondaan rutin lebih kurang pukul 1.45 tengahari.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa.

“Pemeriksaan turut mendapati, enam kru bot iaitu empat lelaki dan seorang wanita warga Filipina yang berusia antara 17 tahun hingga 20 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi warganegara Malaysia wanita dilepaskan tanpa sebarang pendakwaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, pihaknya turut merampas sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dan sebuah enjin pam.

“Zon Maritim Lahad Datu memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Lahad Datu agar terus memberi kerjasama dengan melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular