HomeIsu tempatan231 cawangan 99 Speed Mart laksana Jualan Rahmah Krismas

231 cawangan 99 Speed Mart laksana Jualan Rahmah Krismas

Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 231 cawangan 99 Speed Mart seluruh Sabah akan melaksanakan Jualan Rahmah Krismas selama 26 hari bermula esok.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) Sabah Georgie Abas berkata, jualan itu akan melibatkan sebanyak 36 jenis item pelbagai produk barangan asas dan perlu dengan tawaran harga sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga jualan sedia ada.

Antara barangan yang terlibat adalah beras, tepung, air minuman, serbuk pencuci, minyak masak botol lima kilogram, Milo satu kilogra, dan sebagainya.

“Inisiatif ini merupakan Jualan Rahmah kali kedua yang ditawarkan oleh 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd. semasa perayaan bagi tahun ini selepas Jualan Rahmah sempena Hari Raya Aidilfitri beberapa bulan lalu.

“KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan Rahmah Krismas yang ditawarkan oleh 99 Speed Mart ini adalah sebagai tawaran yang berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Sabah.

“Ini adalah seiring dengan keperluan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas seterusnya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan untuk menyambut Hari Krismas yang bakal tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas melancarkan Jualan Rahmah Krismas, 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd bertempat di Outlet 99 Speed Mart, 1 Borneo Hypermall Kota Kinabalu pada hari ini.

Hadir sama General Manager (East Malaysia) Foo Meng Keet dan Senior Manager Branches Operation (East Malaysia), 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd. Lim Yu Kiun.

Georgie berkata, KPDN juga terus komited untuk memastikan seluruh warga Sabah dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

Katanya, KPDN juga sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan pihak industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan.

“KPDN amat berharap usaha seperti ini mampu menarik perhatian pengguna di negeri Sabah, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat untuk mendapatkan barangan dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan produk yang ditawarkan.

“KPDN Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd di atas inisiatif ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kos sara hidup mereka di Sabah dan berharap lebih banyak pemain industri yang lain akan turut sama melaksanakan inisiatif sedemikian,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular