HomeIsu tempatanPenduduk di lima kampung di Tongod bakal nikmati kemudahan asas

Penduduk di lima kampung di Tongod bakal nikmati kemudahan asas

Read Time:1 Minute, 45 Second

Tongod : Lebih 5,000 penduduk di lima buah kampung di sini bakal menikmati kemudahan asas melibatkan jalan raya, bekalan air, elektrik dan capaian internet apabila syarikat utama pelaburan projek klinker bersepadu memulakan operasinya sebelum pertengahan tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, empat projek infrastruktur itu melibatkan kos sebanyak RM350 juta sebagai langkah awal pembangunan kilang simen berkenaan.

Katanya, antara kampung terlibat dengan jajaran projek itu ialah Kampung Susui, Kawayoi, Langga, Tudungin dan Inarad sekaligus mengakhiri penantian penduduk sejak negara mencapai kemerdekaan. 

“Sebuah syarikat tempatan Borneo Cement (Sabah) Sdn. Bhd (BCS) telahpun menandatangani perjanjian usahasama dengan Perbadanan Ekonomi Sabah (Sedco).

“Sebelum itu, Sedco turut menandatangani memorandum persefahaman menggunakan kepakaran syarikat mega daripada negara China iaitu China Engineering Industery,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tindakan daerah di sini petang semalam. Terdahulu beliau merasmikan majlis Sambutan Krismas di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 26 November lalu memberitahu, Sabah menerima pelaburan bernilai RM2 Bilion untuk membina kilang klinker bersapadu di Tongod.

Masiung yang dilantik Pengerusi BCS menjelaskan, fokus utama syarikat itu kini lebih terarah kepada penyediaan kemudahan infrastruktur terlebih dahulu sebelum mendirikan kilang.

“Kewujudan infrastruktur itu bakal memberi limpahan ekonomi secara berperingkat kepada penduduk.  Langkah ini selari dengan misi ‘Sabah Maju Jaya’ untuk menurunkan kadar kemiskinan di daerah Tongod,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelan cadangan projek-projek itu telahpun tersedia dan akan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR)  untuk kelulusan.

Keempat-empat projek itu akan dibina serentak termasuk membina jalan raya berturap sejauh 26km selain membina loji  bekalan air terawat.

Masiung berkata, syarikat itu juga akan membina talian elektrik 40mw yang disambung dari jana kuasa di Nabawan sejauh 39km.

Sementara itu, menara  telekomanikasi serta jaringan internet menggunakan kabel ‘fiber optic’ turut dibina serentak di penempatan kilang meliputi kampung berdeketan sejauh 60 kilometer.

“Keempat-empat kemudahan asas itu dibina secara  ‘Design and Build’ selepas memperolehi kebenaran bertulis dari Jabatan Pembangunan Alam Sekitar,” katanya.

Mengulas lanjut, Masiung berkata, apabila kilang itu beroperasi sepenuhnya ia akan mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan dan peluang perniagaan kepada warga tempatan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular