HomeSukanSAGA X : Ping Pong tawar pingat emas esok

SAGA X : Ping Pong tawar pingat emas esok

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Lima pingat emas akan ditawarkan esok menerusi acara Ping Pong berpasukan, bergu dan bergu campuran pada temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 2023.

Kategori berpasukan dan bergu ianya melibatkan masing-masing bagi kategori Lelaki dan Perempuan.

Manakala bagi bergu campuran, ianya hanya ditawarkan satu emas.

Acara Ping Pong membuka tirai temasya pada hari ini yang berlangsung di Dewan Maksak Likas selain turut diadakan acara Hoki yang diadakan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, acara Boling Padang akan mula dipertandingkan esok bertempat di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Keningau.

SAGA edisi ke-10 akan membuka tirai secara rasmi Sabtu ini dan mempertaruhkan sebanyak 182 pingat emas melibatkan 103 acara.

Sukan dwitahunan itu akan dihoskan oleh daerah Kota Kinabalu selama seminggu dan perasmikan temasya akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor Sabtu di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Seramai 6,784 orang atlet dan pegawai terlibat pada Sukan Sabah kali ini yang mempertandingkan 22 jenis sukan antaranya olahraga, badminton, bola sepak, sepak takraw dan juga pertambahan acara e-sport selari dengan perkembangan sukan ini.

Selain Kota Kinabalu, SAGA ke-10 turut diadakan di lima daerah lain seperti Tuaran, Penampang, Putatan, Ranau dan Keningau mengikut kesesuaian acara sukan yang terbabit. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular