HomeIsu tempatanWanita Gagasan Rakyat santuni pesakit kronik sempena menjelang Krismas

Wanita Gagasan Rakyat santuni pesakit kronik sempena menjelang Krismas

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Sempena menjelang sambutan perayaan Krismas, Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah menyantuni seorang pesakit kronik di Kampung Kaliangau Manggatal, semalam.

Lawatan itu dihadiri Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Inanam Meilin Medusin serta ahli jawatankuasanya.

Redonah berkata sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru China, dan kali ini golongan kurang bernasib menerima sumbangan sempena Krismas.

Beliau berkata, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kepada golongan tersebut.

Katanya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Krismas seperti orang lain.

Beliau telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Petrus Ayang, 62, pesakit kronik daripada Kampung Keliangau Manggatal.

Sumbangan yang diserahkan berupa barangan makanan dan perhiasan Krismas untuk keluarga tersebut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular