HomeIsu tempatanBanjir Sabah : Sebuah PPS dibuka di Sandakan, 17 mangsa dipindahkan

Banjir Sabah : Sebuah PPS dibuka di Sandakan, 17 mangsa dipindahkan

Read Time:28 Second

Kota Kinabalu : Seramai 17 mangsa banjir di daerah Sandakan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pertanian Batu 25 setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terlibat adalah melibatkan empat ketua isi rumah (KIR).

“Sebuah PPS telah dibuka di SK Kampung Pertanian Batu 25 bagi menempatkan seramai 17 mangsa banjir di beberapa buah kampung di kawasan berkenaan.

“Mangsa yang dipindahkan adalah melibatkan sebanyak empat KIR,” katanya.

Trend semasa banjir di Sabah adalah berada pada tahap kekal. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular