HomeSukanSAGA X : Keningau cipta hatrik raih emas acara Bola Jaring

SAGA X : Keningau cipta hatrik raih emas acara Bola Jaring

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu: Pasukan Bola Jaring Keningau menepati ramalan selepas berjaya mempertahankan pingat emas pada kejohanan Sukan Saga (SAGA) ke-10 yang berlangsung di Dewan Refflesia Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini pagi tadi.

Keningau berjaya menewaskan Lahad Datu 43-38 pada saingan peringkat akhir dan mula mendahului perlawanan 10-7 pada 15 minit pertama perlawanan.

Manakala pada suku kedua tempoh perlawanan, Keningau terus mengukuhkan kedudukan jaringan dengan pungutan mata 27-11.

Memasuki separuh masa kedua, Lahad Datu memberikan tekanan dan saingan tetapi Keningau masih mendahului dengan 33-26 menjelang minit ke-45.

Keningau membuktikan pasukannya berada dalam kelas tersendiri mengekalkan legasi kemenangan dan terus menambah jaringan sehingga minit akhir perlawanan.

Untuk rekod, pertembungan ini merupakan kali ketiga kedua-dua pasukan berentap di pusingan akhir SAGA iaitu pada 2017, 2019 dan tahun ini.

Antara aksi semasa perlawanan akhir bola jaring.

Di samping itu, pemain Keningau, Nelviana Ondos dianugerahkan Pemain Terbaik kejohananan sementara wakil Tongod, Siti Nurfatihah Abdullah muncul Penjaring Terbanyak.

Terdahulu, Kota Kinabalu memungut gangsa selepas menang tipis ke atas Tongod dengan 49-42.

Dalam pada itu, bagi acara Petanque, pasukan Kalabakan mencipta kejutan apabila berjaya memenangi emas kategori triple lelaki yang berlangsung di Gelanggang Petanque Politeknik Kota Kinabalu (PKK) semalam.

Emas diperolehi menerusi gandingan Nur Syafiq Ahamad, Mohamad Syahzamil Mandarin Syahar dan Mohammad Syahrul Samsul yang mengatasi trio Keningau dengan markah 13-4. Sementara itu, pasukan Beaufort memungut gangsa.

Bagi kategori triple petanque wanita, Lahad Datu memungut emas menerusi Nina Farinah Ab Kadir, Faveyoni Linos dan Nurfarhaein Hariansah.

Lahad Datu membenam trio Kudat 11-1 pada perlawanan akhir manakala Putatan berada di tempat ketiga.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular