HomeIsu tempatanPBBS beri tumpuan 5 aspek secara holistik

PBBS beri tumpuan 5 aspek secara holistik

Read Time:1 Minute, 1 Second

Beaufort : Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) akan memberi tumpuan utama kepada lima aspek dalam memacu dan menjaga perkembangan positif etnik tersebut.

Presiden PBBS Datuk Ruslan Muharam berkata, antara perkara dan aspek yang digariskan termasuklah ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan agama.

“Kita telah mengadakan mesyuarat agong tahunan perwakilan bagi PBBS kali ke-30 bagi 2021/22 dimana dalam mesyuarat ini kita telah merumuskan bahawa antaranya ialah isu pendidikan, agama dan beberapa isu lain.

“Dimana kita akan mengorak satu langkah yang perlu dimulakan selepas ini untuk memberi kesinambungan daripada pencapaian dan kejayaan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Perwakilan PBBS di sini semalam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, persatuan itu berharap dalam tempoh tiga tahun bermula 2024 itu akan dapat melahirkan satu hingga 10 orang individu mampu memperolehi pendidikan dalam bidang Master 

“Kita juga mensasarkan satu hingga lima individu mampu mendapat Doktor Falsafah (PhD) pada tempoh itu.  Ini penting agar kita dapat melahirkan modal insan yang berjaya,”katanya.

Dalam pada itu, PBBS merancang untuk membangunkan tiga buah rumah tradisi berkonsepkan kebudayaan etnik Bisaya di Beaufort.

Ia adalah bertujuan sebagai tarikan pelancongan dan penggerak aktiviti kebudayaan setempat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular