HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan juragan bot miliki hablur kristal disyaki dadah

Maritim Malaysia tahan juragan bot miliki hablur kristal disyaki dadah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Tawau: Seorang juragan bot warga tempatan ditahan atas kesalahan memiliki serbuk hablur kristal disyaki dadah jenis syabu pada kedudukan  lebih kurang 1.5 batu nautika barat laut Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, penahanan dibuat setelah kapal ronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan dari Sungai Haji Kuning menuju ke CIQ Tawau.

“Seterusnya bot peronda Maritim Malaysia yang dalam siri rondaan Op Sejahtera/Op Pluto Timur 2/13 telah bertindak menahan bot terbabit seterusnya melakukan pemeriksaan ke atas juragan bot tersebut.

“Pemeriksaan ke atas juragan telah menemukan satu paket kecil hablur jernih kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.5 gram dan peralatan menghisap dadah di dalam beg sandang yang dipakai oleh juragan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Shahrizan berkata, suspek ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk menjalani ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.

Katanya, kesemua barangan termasuk bot dan enjin disita dengan anggaran nilai RM22,000.

“Kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau dan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memiliki dadah.

“Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Tawau akan terus mempergiat tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan serta meningkatkan hubungan dikalangan komuniti maritim bagi meningkatkan lagi penyaluran maklumat dari orang awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan menyalurkan maklumat jenayah di perairan Tawau ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular