HomeUtamaJalan Pan Borneo Putatan - Inanam hampir 80 peratus siap

Jalan Pan Borneo Putatan – Inanam hampir 80 peratus siap

Read Time:1 Minute, 29 Second

PENAMPANG: Pembinaan jalan raya berkembar dari Putatan ke Inanam sepanjang 21.7 kilometer (km) termasuk 2.1km jalan spur ke Bukit Padang di bawah Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah kini sudah 79.96 peratus siap.

Semasa membuat lawatan di tapak projek di persimpangan Donggongon, Penampang hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat mengenai kemajuan projek berkenaan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri (Sektor Lebuhraya Pan Borneo), Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid.

Dalam taklimat itu, Shamsul berkata, kerja-kerja yang dijalankan termasuk pembinaan tiga jambatan baharu merentasi Sungai Moyog, sebuah Dry Bridge di Kampung Kolopis, tiga jambatan vehicular box culvert di Kampung Kolopis, dan Kampung Kitobu dan tujuh persimpangan baharu di Putatan, Jalan NC Mogunting 1, Jalan NC Mogunting 2, Donggongon, Jalan Penampang – Tambunan dan 2.1km jajaran spur ke Bukit Padang.

Projek jalan raya Putatan ke Inanam bernilai RM788,379,040.72, sebahagian daripada 35 Pakej Kerja (WP) di bawah Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, dijangka akan siap pada November tahun ini.

Setakat 31 Disember 2023, empat WP telah siap iaitu jalan Papar – Donggongon, jalan Tawau – Semporna, pintasan Lahad Datu dan jalan Kampung Lot M – Sandakan Batu 32.

Manakala 11 WP lagi masih dalam proses manakala lima WP dalam proses perolehan dan 15 WP masih belum dilaksana di bawah Fasa 1B.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sepanjang 1,236 km sedang dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa 1: Sindumin – Kota Kinabalu – Kudat; Ranau – Batu 32 Sandakan; Batu 32 Sandakan – Tawau (706km),
Fasa 2: Tamparuli – Ranau (98km) dan Fasa 3: Tawau– Kalabakan – Keningau – Kimanis (432km).

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmy Yahya, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik serta Pengarah Jabatan Kerja Raya, Filemon Lajawai.

RELATED ARTICLES
Utama

Kaamatan wadah promosi perpaduan sosial, jambatan persefahaman – Dr. Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular