HomeUtamaJANS anggarkan RM262 juta tunggakan bil air pelanggan

JANS anggarkan RM262 juta tunggakan bil air pelanggan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menganggarkan sebanyak RM262 juta jumlah tunggakan bil air pelanggan terkumpul sehingga kini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, jumlah yang direkodkan itu akan memberi implikasi kewangan kepada JANS  jika pelanggannya tidak membayar bil air hingga menyebabkan kutipan menjadi rendah.

“Bagaimanapun, setakat beberapa tahun kebelakangan ini, JANS masih dapat menepati sasaran kutipan iaitu lebih RM200 juta ke lebih RM300. 

“Jadi pelanggan ada membayar juga, pelanggan kita bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan aplikasi MyJANS, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, JANS perlu menyemak semula dakwaan pelanggan yang terpaksa membayar ‘bil angin’ walaupun tidak menerima bekalan air bersih.

Beliau mengakui pihak JANS ada menerima aduan berhubung perkara itu, namun kebenarannya perlu disemak. 

Katanya, sebagai pelanggan JANS,  menjadi tanggungjawab mereka untuk membayar bil air dan memastikan ia tidak tertunggak hingga membebankan pengguna itu sendiri.

“Kita ada menerima komen sedemikian ada yang mengatakan mereka ‘membayar angin’ dan sebagainya tetapi itu perlu disemak. 

“Sebagai pelanggan JANS, kita kena bertangungjawab, apabila menggunakan air, kena bayar bil air,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan pengguna atau pelanggan JANS yang tetap dikenakan bil walaupun tiada bekalan air diterima.

Ramai pengguna merasakan tidak adil mereka terpaksa membayar bil air sedangkan tiada bekalan atau bekalan sering terputus disebabkan masalah air yang dihadapi di Sabah ketika ini.

Ia berkaitan notis JANS baru-baru ini yang memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggannya yang memiliki tunggakan atau hutang bil air. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Penunggang, pembonceng motosikal maut akibat elak tayar gantian lori tertanggal di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular