HomeIsu tempatanPitas hasrat cipta rekod sempena Festival Tahun Baharu Cina

Pitas hasrat cipta rekod sempena Festival Tahun Baharu Cina

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Daerah Pitas sekali lagi berhasrat untuk mencipta kejayaan diperingkat global menerusi penganjuran Festival Tahun Baharu Cina selama 16 hari iaitu setiap hari diperuntukkan untuk cuba memecahkan sebanyak enam rekod tahun ini.

Sebelum ini, daerah itu pernah diiktiraf Malaysia Book Of Record (MBOR) menerusi penganjuran acara sempena Tahun Baharu Cina selama 168 jam tanpa henti pada 2016.

Jawatankuasa Penganjur diketuai Asdi @ Mohd Faizal Hussin yang mewakili Pegawai Daerah telah mengadakan pertemuan dengan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai baru-baru ini untuk memberi taklimat mengenai acara yang akan bermula 9 Februari depan.

Antara acara yang bakal memecahkan rekod Asia dan peringkat dunia termasuk muzik tradisional tanpa henti oleh kumpulan etnik Kimaragang, berjalan buluh dengan kebanyakan peserta dari kumpulan etnik Tombonuo, dan persembahan silat paling lama dengan melibatkan peserta paling ramai.

Dalam pada itu, Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) turut memuji usaha berterusan daerah itu selain menyifatkan sambutan Tahun Baharu Cina bukan saja membanggakan masyarakat setempat tetapi berpotensi untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi jangka panjang untuk daerah berkenaan.

“Kita mahu melihat Pitas berkembang sebagai destinasi pelancongan walaupun reputasinya sebagai salah satu daerah termiskin di Sabah.

“STB komited untuk membantu daerah ini dengan mengenal pasti dan mempromosikan produk atau acara unik yang dianjurkan. Kami juga mencadangkan agar penganjur menjemput para pemain industri pelancongan di Pitas untuk turut serta aktif dalam mempamerkan produk mereka,” katanya.

Beliau berkata, menerusi usaha itu ia akan meningkatkan kesedaran pengunjung dan menggalakkan minat terhadap tarikan pelancongan yang tersedia untuk mereka terokai.

Sementara itu Asdi berkata, acara berkenaan tidak dapat bertahan lama tahun lepas kerana hujan lebat yang menyebabkannya dibatalkan.

“Tahun ini kami kembali dengan acara yang lebih menarik berbanding sebelum ini dengan pelbagai aktiviti serta melibatkan pegawai dari ‘Asia and World Book of Records untuk menilai percubaan rekod kami,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

OHSC UMS anjur program kesedaran kerintangan antimikrobial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular