HomeIsu tempatanDua nelayan ditahan disyaki tangkap ikan guna bahan letupan

Dua nelayan ditahan disyaki tangkap ikan guna bahan letupan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Dua nelayan yang disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan memiliki peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan (Spear Gun) berjaya ditahan di posisi 0.1 batu nautika Barat Daya Pulau Sepanggar di sini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot nelayan tempatan dikendali seorang juragan dan seorang kru bot warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 7 malam semalam.

“Dua nelayan itu ditahan anggota Maritim Malaysia kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Mereka telah diringi masuk ke jeti Maritim Negeri Sabah Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhaimi berkata, Maritim Malaysia menyeru kepada komuniti maritim untuk tidak melakukan sebarang aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan.

Ini kerana katanya, aktiviti seperti ini akan memusnahkan ekosistem laut, serta memusnahkan batu-batu karang yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut.

“Turut diingatkan juga bahawa penggunaan peralatan seperti Spear Gun boleh menyebabkan kecederaan parah dan mengakibatkan maut.

“Komuniti maritim dinasihatkan untuk hanya menggunakan peralatan yang telah dibenarkan sahaja dan mendapatkan lesen bagi pengunaan alat tersebut,” katanya.

Beliau turut berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu mahupun pihak yang cuba menghalang pegawai Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular