HomeLuar negaraOIC Bimbang Ketegangan Di Laut Merah

OIC Bimbang Ketegangan Di Laut Merah

Read Time:51 Second

ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap ketegangan semakin meningkat di Laut Merah di tengah-tengah serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) ke atas kumpulan Houthi di Yaman.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan yang berpangkalan di Jeddah itu berkata adalah penting untuk berusaha ke arah mengurangkan ketegangan dan mengelakkan peningkatan di rantau Laut Merah untuk memelihara keselamatan dan kestabilan di seluruh wilayah.

AS memperbaharui serangan udara di ibu negara Yaman, Sanaa, sehari selepas serangan dilakukan oleh Washington dan London terhadap sasaran di kawasan yang dikawal oleh Houthi di Yaman.

Selepas serangan pada Jumaat, yang mengakibatkan lima kematian dan enam kecederaan dalam kalangan Houthi, kumpulan itu berikrar semua kepentingan AS dan British menjadi “sasaran sah” untuk pasukannya sebagai tindak balas kepada “pencerobohan langsung dan diisytiharkan” mereka terhadap Yaman.

Pasukan Houthi menyasarkan kapal kargo Laut Merah yang dimiliki atau dikendalikan oleh syarikat Israel atau mengangkut barang ke dan dari Israel, sebagai solidariti kepada Gaza, yang berada di bawah serangan Israel sejak 7 Oktober lalu. – AGENSI

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya