HomeIsu tempatanCubaan seludup 44 tong dram berisi petrol digagalkan

Cubaan seludup 44 tong dram berisi petrol digagalkan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol selepas menahan tiga bot pam dengan muatan sejumlah 44 tong dram berisi minyak.

Semua bot pam yang ditemui terapung tanpa pengendali dipercayai telah melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota Maritim Malaysia di kedudukan 0.3 dan 0.2 batu nautika selatan Tanjung Pegasan, Pitas.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, kedua-dua bot berkenaan dirapati untuk pemeriksaan dan didapati bot pertama membawa muatan sejumlah 12 tong dram berisi minyak petrol

“Sejumlah 24 tong lagi ditemui di bot kedua. Manakala pemeriksaan keatas bot ketiga turut membawa kepada penemuan lapan tong dram juga berisi minyak petrol.

“Ketiga-tiga bot berkenaan disyaki cuba melakukan aktiviti penyeludupan minyak petrol dari perairan Pitas ke Pulau Mangsi, Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maurice berkata, bot serta barang rampasan seterusnya dibawa ke jeti Marina, Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan selanjutnya.

Katanya, keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM70,000. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2022.

“Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim agar terus memberi kerjasama dan melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan mahupun sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular