HomeIsu tempatanKesukarelawan nadi masyarakat prihatin

Kesukarelawan nadi masyarakat prihatin

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Bidang kesukarelawan merupakan nadi kepada usaha untuk menjadikan masyarakat yang prihatin khususnya golongan memerlukan.

Timbalan Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Datuk Danial Iskandar berkata, individu yang bernaung pada mana-mana persatuan merupakan tunjang pembangunan perkhidmatan sukarelawan.

“Bagi menjadikan bidang kesukarelawan dikenali, bukanlah satu kerja yang mudah dan memerlukan komitmen, masa serta semangat yang tinggi.

“Ini termasuklah daripada semua warga badan atau persatuan untuk sama-sama berganding bahu tanpa mengira batas bangsa, agama dan pangkat.

“Atas semangat tersebut maka lahirlah BSMM dengan prinsip ‘Dimana Ada Sengsara, Disana Ada Kita’ yang ditubuhkan sejak 75 yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Penghargaan dan Pelancaran Sambutan 75 Tahun BSMM Peringkat Negeri Sabah di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, seramai 40 ahli BSMM Negeri Sabah menerima anugerah sebagai usaha BSMM Kebangsaan menghargai jasa warganya di peringkat negeri.

Danial juga berkata BSMM kini merupakan salah sebuah entiti sukarela yang berjaya dan berperanan sebagai ‘Auxiliary to Government’.

“BSMM tidak lagi dilihat sebagai badan beruniform untuk murid-murid sekolah, kini ia merupakan salah satu rakan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Contohnya dalam menjalankan projek jaringan perkhidmatan Ambulans Hotspot dan Pra Hospital Talian 999 dengan semua anggota yang bertugas di unit ini merupakan Paramedik BSMM yang terlatih.

“Antara pencapaian BSMM Sabah yang amat membanggakan adalah membantu pihak KKM menghadapi cabaran pandemik Covid-19 melalui program-program derma darah, vaksinasi dan membantu kerajaan negeri dalam pengagihan bakul makanan terutama di kawasan pedalaman,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi BSMM Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung; Ahli Lembaga Pengelola BSMM Kebangsaan, Datuk Wan Nor Raihan Wan Abdul Rahman dan Presiden Majlis Belia Sabah, Abquaree Fawwaz Abekan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular