HomePendapatKajian PISA 2022 wajar jadi kayu pengukur, nilai pencapaian pelajar Malaysia peringkat...

Kajian PISA 2022 wajar jadi kayu pengukur, nilai pencapaian pelajar Malaysia peringkat global

Read Time:5 Minute, 19 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.         Pada akhir tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa/ Programme for International Student Assessment (PISA) 2022 untuk Malaysia.

2.         PISA adalah satu program anjuran Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi/ Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), iaitu sebuah pertubuhan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global, dengan keahlian 38 buah negara.

Antara negara ahli OECD ialah: Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Finland, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Korea Selatan, Jepun.

3.         PISA yang di laksanakan setiap 3 tahun adalah satu pentaksiran untuk menilai pencapaian pelajar berumur 15 tahun di dalam tiga domain literasi: Matematik, Saintifik, Bacaan. Kajian PISA melibatkan negara OECD dan juga penyertaan negara bukan OECD, termasuklah Malaysia dan negara-negara ASEAN – Brunei, Kemboja, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam.

4.         Untuk Kajian PISA 2022, sejumlah 81 buah negara telah terlibat. Penyertaan Malaysia membabitkan seramai 7,069 pelajar yang di pilih secara rawak dari 199 buah sekolah kerajaan dan swasta di seluruh negara, di bandar dan luar bandar.

Jumlah pelajar tersebut adalah sampel mewakili 390,400 pelajar berumur 15 tahun di Malaysia.

5.         Laporan Kajian PISA 2022 telah menunjukkan prestasi pencapaian pelajar Malaysia telah merosot untuk ketiga-tiga domain literasi yang di nilai. Malah skor purata pelajar Malaysia adalah lebih rendah daripada skor purata OECD untuk ketiga-tiga domain literasi tersebut.

6.         Secara ringkasnya, berbanding dengan prestasi PISA 2018, skor purata pelajar Malaysia adalah:

  • Matematik: menurun 31 mata dari 440 (2022) kepada 409 (2018)
  • Saintifik: menurun 22 mata dari 438 (2022) kepada 416 (2018)
  • Bacaan: menurun 27 mata dari 415 (2022) kepada 388 (2018)
Sumber: The Star: Prestasi PISA 2022 – Malaysia

7.         Pada masa yang, berbanding dengan negara-negara ASEAN yang menyertai PISA 2022, prestasi pelajar Malaysia juga tidak memberangsangkan. Secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-4, di belakang Singapura, Vietnam dan Brunei.

Sumber: The Star: Prestasi PISA 2022 – Negara ASEAN

8.         Kemerosotan pencapaian Matematik pelajar Malaysia untuk Kajian PISA 2022 tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malah ianya selari dengan pencapaian pelajar untuk mata pelajaran Matematik di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

9.         Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menunjukkan tahap pemahaman dan penguasaan Matematik oleh majoriti calon SPM adalah sangat lemah. Matematik telah merekodkan peratusan calon gagal ke-2 tertinggi, selepas Matematik Tambahan, berbanding keseluruhan 95 mata pelajaran SPM 2022.

10.       Daripada sejumlah 369,348 calon yang telah menduduki peperiksaan Matematik pada tahun 2022, seramai 24.3% calon telah mendapat keputusan gagal. Manakala, pada tahun 2021, daripada sejumlah 375,997 calon yang telah menduduki peperiksaan Matematik, seramai 25.5% calon telah mendapat keputusan gagal.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2022

11.       Punca kegagalan berkenaan tidak dapat di pastikan, dan mungkin melibatkan beberapa perkara. Namun begitu, jumlah kegagalan yang besar tersebut sudah pasti akan merencatkan agenda pembangunan negara ke arah ekonomi berasaskan sains dan teknologi. Ini termasuklah usaha untuk melahirkan lebih ramai graduan jurusan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics).

12.       Kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran 60% jurusan sains dan 40% jurusan sastera. Walaubagaimanapun, jumlah pelajar jurusan STEM masih rendah. Pada tahun 2022, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), jumlah pelajar jurusan STEM adalah 47%. Malah, di beberapa buah negeri, peratusan pelajar STEM adalah jauh lebih rendah, contoh: di Sabah hanyalah 27%, dan di Sarawak adalah 33%.

13.       Ketika ini, sektor teknologi dan perindustrian di Malaysia sedang menghadapi isu pekerja. Presiden Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) ada menyatakan bahawa majikan menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerja, terutamanya jurutera. Beliau turut menyatakan bahawa isu ini berpunca dari jumlah pelajar jurusan sains dan kejuruteraan yang semakin menurun.

14.       Malah, pada Ogos 2022, Pengerusi Small and Medium Enterprises Association of Malaysia (SAMENTA) di laporkan berkata bahawa Pulau Pinang ketika itu menghadapi kekurangan 50,000 jurutera untuk menampung pertumbuhan pesat sektor semikonduktor.

15.       Sektor semikonduktor merupakan salah satu penyumbang besar kepada ekonomi negara, dan di anggarkan menyumbang sebanyak 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/ Gross Domestic Product (GDP) negara. Kegagalan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang mencukupi akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara, serta kesejahteraan rakyat.

16.       Pada masa yang sama, Kajian PISA 2022 turut menunjukkan perbezaan pencapaian di antara pelajar lelaki dan wanita di Malaysia. Pelajar wanita telah mencapai skor yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki di dalam semua domain literasi yang di nilai.

Sumber: The Star: Prestasi PISA 2022 Malaysia – Lelaki vs Wanita

17.       Pencapaian PISA 2022 tersebut adalah selari dengan trend yang di hadapi di Malaysia, di mana lebih ramai pelajar wanita berjaya di terima untuk pengajian di universiti. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), seramai 70,156 calon telah di beri tawaran untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda untuk lepasan STPM/ Setaraf, bagi Sesi Akademik 2023/ 2024.

18.       Daripada jumlah 70,156 calon tersebut, 45,310 (64.6%) adalah calon wanita, manakala 24,846 (35.4%) adalah calon lelaki. Ini bermakna jumlah calon wanita adalah 82% lebih ramai daripada jumlah calon lelaki.

19.       Trend ini masih berterusan dari tahun ke tahun. Sebagai contoh:

  • untuk kemasukan Sesi Akademik 2020/2021, seramai 40,559 (69%) calon wanita dan 18,109 (31%) calon lelaki di berikan tawaran
  • untuk kemasukan Sesi Akademik 2010/2011, seramai 26,229 (64.8%) calon wanita telah di berikan tawaran

20.       Kajian PISA 2022 telah menunjukkan pencapaian pelajar Malaysia masih rendah berbanding dengan negara-negara OECD dan ASEAN. Ianya wajar di jadikan sebagai kayu pengukur untuk menilai tahap pencapaian pelajar Malaysia di peringkat global. Tambahan lagi, laporan PISA 2022 tersebut juga selari dengan trend pencapaian pelajar di Malaysia.

21.       Justeru itu, laporan Kajian PISA 2022 wajar di terima dengan hati terbuka oleh semua pihak berkepentingan, terutamanya penggubal dasar dan pendidik. Matlamat utama ialah untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada para pelajar agar mereka dapat menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

22.       Menerima kelemahan sedia ada adalah langkah pertama menuju kejayaan..

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah salur RM23 juta bantu sekolah bukan Kerajaan, persendirian Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya