HomeIsu tempatanExco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor adakan lawatan ke PKS Keningau

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor adakan lawatan ke PKS Keningau

Read Time:48 Second

Keningau : Pusat Kraftangan Sabah (PKS) menerima lawatan dan kunjungan rombongan Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor di sini baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai exconya Borhan Aman Shah itu terdiri daripada pegawai-pegawai  Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor. 

Kunjungan rombongann itu disambut Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan seterusnya diberi taklimat mengenai operasi PKS Keningau.

Borhan kemudiannya dibawa melawat ke galeri dan bengkel-bengkel kraf tangan yang dihasilkan oleh para peserta kursus.

Sementara itu, Gulamhaidar berkata, pemilihan PKS sebagai destinasi lawatan amat dihargai kerana memberi makna untuk kedua-dua negeri Sabah dan Selangor.

Katanya, ia juga dapat menjalin kerjasama dan persefahaman, khususnya berkaitan produk warisan kebudayaan, pelancongan dan seumpamanya.

“Kita juga berharap menerusi lawatan seperti ini, rombongan tersebut dapat mengenali negeri kami yang indah dan berwarna-warni serta kaya dengan kepelbagaian dan keunikan budaya, secara lebih dekat lagi,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO YAYASAN SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Gandingan ayah, anak cipta legasi keluarga cemerlang dalam akademik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular