HomeIsu tempatan116 peserta sertai Ujian Kemahiran Menembak

116 peserta sertai Ujian Kemahiran Menembak

Read Time:1 Minute, 14 Second

Penampang : Seramai 116 peserta terdiri daripada anggota pelbagai agensi penguatkuasa di negeri ini telah menyertai Ujian Kemahiran Menembak (UKM) di sini baru-baru ini 

Ujian anjuran Persatuan Menembak Sabah (SSA) yang diadakan di Lapang Sasar SSA, Lok Kawi, Jalan Penampang-Papar itu telah berlangsung selama dua hari.

Antara agensi penguatkuasa yang menyertai adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Penjara Malaysia; Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; Tentera Laut Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Pertandingan, Jeson Yong berkata, ujian turut disertai oleh pemilik lesen senjata api persenditian, syarikat kawalan keselamatan, pemegang lesen pemilikan dan penggendalian (Carry and Use-C&U) senjata api milik SSA dan agensi Polis Bantuan Sutera Harbour dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Katanya, ujian itu juga bertujuan bagi menguji kemahiran setiap peserta dalam pengendalian senjata api dalam keadaan selamat walaupun terpaksa menembak dalam pelbagai keadaan, halangan, dan kedudukan.

“Setiap peserta akan diuji dengan tiga peringkat (Short – Medium – Long) dan peserta dikehendaki melepaskan tembakan pada sasaran yang ditetapkan dengan tepat dalam pergerakan pantas bagi mendapatkan markah yang terbaik dalam UKM ini,” katanya.

Terdahulu, bagi kategori lelaki terbuka berjaya dimenangi Calson Cassey Alipin (JIM); ⁠Jeson Yong (SSA) dan ⁠Clerence Wee (TLDM).

Manakala bagi kategori wanita terbuka pula berjaya dimenangi Intan Terpilih Gonterat (PDRM);  ⁠Dewifitriyani Jamain (JKDM) dan ⁠Azlin Mohi (SSA)

Acara shoot off yang terbahagi kepada dua kategori lelaki dan perempuan masing-masing dimenangi Jeson dan Intan.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden SSA, Steven Yong. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular