HomeUtamaDBKK capai pelbagai kejayaan dalam tempoh 24 tahun

DBKK capai pelbagai kejayaan dalam tempoh 24 tahun

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah berjaya mencapai banyak kejayaan yang luar biasa dalam tempoh 24 tahun merangkumi pelbagai aspek termasuk menjadi destinasi pelancongan yang terkenal.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, antara kejayaan yang telah dicapai termasuklah meningkatkan kemudahan infrastruktur bandar, meningkatkan perkhidmatan awam dan membangunkan taman dan landskap yang menarik.

Bagaimanapun katanya, semua anggota kerja DBKK perlu terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan inovasi dalam setiap aspek kerja.

“Di samping itu, kita juga perlu menghadapi cabaran yang datang bersama dengan perkembangan bandar yang pesat.

“Cabaran seperti kesesakan lalu lintas, kekurangan ruang hijau dan pembangunan yang mampan perlu dihadapi dengan kepimpinan yang bijak dan tindakan yang lebih berkesan.

“Saya meyakini bahawa dengan semangat kerjasama dan semangat kebersamaan kita, kita dapat mengatasi cabaran ini dan terus membawa Bandaraya Kota Kinabalu ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena upacara menaikan bendera sempena ulang tahun bandaraya Kota Kinabalu ke-24 di Padang Merdeka di sini hari ini.

Sabin berkata, beliau juga ingin menggalakkan agar setiap warga kerja Bandaraya untuk terus bekerja dengan dedikasi, berintegriti, dan semangat kecemerlangan.

“Sama- sama kita menjadikan agar Bandaraya Kota Kinabalu menjadi sebagai destinasi yang terbaik untuk tinggal, bekerja, dan dilawati,” katanya.

Dalam pada itu, Sabin berkata, pihaknya juga berhasrat untuk menjadikan pejabat DBKK sebagai sebuah jabatan yang paling disukai oleh orang awam untuk menjalankan urusan seharian mereka.

Katanya, DBKK merupakan pintu gerbang utama bagi warga bandaraya dalam urusan-urusan penting seperti perizinan, perancangan bandar, penyelenggaraan jalan raya, pengurusan sisa pepejal, dan banyak lagi.

“Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk memastikan pengalaman berurusan dengan DBKK adalah positif, mudah dan efisien,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular