HomeUtamaNajib dibebaskan lebih awal pada 23 Ogos 2028

Najib dibebaskan lebih awal pada 23 Ogos 2028

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Ini selepas Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bersidang kali ke-61 pada 29 Januari lalu memutuskan hukuman terhadap beliau diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar,

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam satu kenyataan berkata, selain itu denda yang perlu dibayar sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.

“Sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

“Oleh yang demikian, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular