HomeUtamaIndividu bawa jongkong emas di lapangan Terbang Tawau tiada pelanggaran Akta Kastam...

Individu bawa jongkong emas di lapangan Terbang Tawau tiada pelanggaran Akta Kastam – JKDM Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah mengesahkan beberapa individu yang ditahan bersama jongkong emas seberat 110 kilogram di Lapangan Terbang Tawau tiada pelanggaran terhadap Akta Kastam.

Ini adalah susulan laporan media tempatan semalam, berkenaan satu kes melibatkan rampasan jongkong emas seberat 110 Kilogram yang telah ditemukan di Lapangan Terbang Tawau.

Akhbar berkenaan juga turut melaporkan beberapa orang pembawa di tahan bersama jongkong emas di dalam bagasi penumpang ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Tawau ke Kuala Lumpur.

Penolong Ketua Pengarah Kastam,
Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Mohd Nasir berkata, pihak JKDM Zon Sabah, ingin memaklumkan bahawa 6 Februari 2024, pada jam 11 pagi, telah menerima serahan barangan jongkong emas daripada Pihak Polis Bantuan Lapangan Terbang Tawau.

“JKDM Zon Sabah telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati jongkong emas adalah tidak tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023 dan Permit Pergerakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Pemindahan) 2022.

“Sehubungan dengan itu, JKDM dengan ini mengesahkan bahawa tiada pelanggaran terhadap Akta Kastam, dan/atau Perundangan subsidari yang dibuat dibawah Akta Kastam 1967.

“Oleh yang demikian, barangan terbabit telah dikembalikan kepada pembawa,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya