HomeUtamaRemaja lelaki ditemui lemas, kepenatan berenang ke lokasi memancing

Remaja lelaki ditemui lemas, kepenatan berenang ke lokasi memancing

Read Time:1 Minute, 16 Second

KUDAT: Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai lemas akibat kepenatan ketika cuba berenang menuju ke kawasan tanah (pulau) di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik dalam jarak 50 meter dari tebing sungai berdekatan Empangan Milau, Jalan Garau, Kudat petang tadi (9 Feb).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.01 petang tadi mengenai kejadian itu.

“Menurut maklumat daripada saksi iaitu kawan mangsa, difahamkan seramai lima orang termasuk mangsa datang ke tempat kejadian untuk tujuan memancing.

“Mangsa bersama kawan-kawan berenang ke kawasan tanah (pulau) di tengah sungai untuk tujuan mencari lokasi memancing yang lebih baik yang mempunyai jarak anggaran dalam 50 meter daripada tebing sungai.

“Dalam perjalanan (berenang) ke tempat tersebut, mangsa tenggelam dan lemas akibat kepenatan berenang manakala tiga mangsa lagi terkandas di kawasan tanah (pulau) tersebut.

“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian, mangsa yang terkandas telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah surface di sepanjang tepi sungai untuk mencari mangsa yang dilaporkan lemas.

“Pada jam 5 petang unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Kudat memulakan operasi selaman di kawasan mangsa dilaporkan lemas.

“Mangsa berjaya dijumpai oleh PPDA pada jam 5.40 petang di kedalaman 11 kaki di lokasi tempat dia lemas.

“Mangsa yang dikenali Ryan berusia 16 tahun, seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 6 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular