HomeIsu tempatanMUIS sumbang dua van jenazah kepada PDRM Sabah

MUIS sumbang dua van jenazah kepada PDRM Sabah

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyumbang dua buah van jenazah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.

Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata, selain itu MUIS turut menyampaikan sumbangan berjumlah

“Hari ini (semalam) kita hadir menyerahkan dua van jenazah daripada Kerajaan Negeri Sabah kepada PDRM Kontinjen Sabah.

“Dalam program ini juga, kita daripada bahagian zakat MUIS turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM130,000 untuk pengurusan dan aktiviti dakwah kepada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Van Jenazah PDRM oleh MUIS di Masjid Nur Islam IPK Sabah di sini semalam.

Majlis disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Malai Ali berkata, sumbangan itu adalah sebagai menyahut permohonan Pesuruhjaya Polis Sabah yang mahu anggota polis di negeri ini menghargai dan menghormati keharmonian beragama di Sabah.

“Jadi kami di MUIS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melihat perkara ini amat penting sebab tanpa keharmonian, kita akan hilang perpaduan, tanpa keharmonian , kita akan hilang keamanan jadi ini akan jadi fokus kita.

“Van yang disumbangkan ini berharga lebih RM120,000 sebuah dan kita mengharapkan selepas ini aka nada lagi van jenazah bagi sahabat kita yang bukan beragama Islam.  Ini sedang kita usahakan,” katanya.

Terdahulu, Jauteh  berkata, IPK Sabah akan memanfaatkan sepenuhnya van jenazah itu untuk kegunaan Masjid Nur Islam di kontinjen berkenaan serta warga sekitarnya, di samping membantu golongan memerlukan 

“Turut menyumbang ialah daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) melalui sumbangan kewangan bernilai RM3,000 dan set peralatan pengurusan jenazah kepada masjid.

“Kita amat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri ini dan diharap dengan sumbangan yang diberikan ini dapat memudahkan urusan-urusan yang berkaitan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular