HomeUtamaLelaki ditangkap curi tabung surau

Lelaki ditangkap curi tabung surau

Read Time:55 Second

BEAUFORT: Seorang lelaki berjaya ditangkap semasa sedang mencuri tabung surau dalam kejadian di Surau Kolej Vokasional Beaufort pada Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata,
tangkapan ke atas suspek seorang lelaki berumur 18 tahun itu telah dibuat oleh sepasukan polis semasa sedang melakukan Rondaan Cegah Jenayah bertempat di Surau Kolej Vokasional Beaufort pada hari sama kejadian.

Menurutnya, pada jam 9.01 malam Sabtu (10 Feb) pengadu yang merupakan seorang guru di Kolej Vokasional Beaufort terima notifikasi dari Applikasi CCTV dan kelihatan seorang lelaki sedang mengumpil tabung yang terletak di hadapan pintu masuk surau.

“Pengadu menghubungi pengawal keselamatan yang bertugas untuk tindakan awal dan berjaya menangkap suspek. Anggota Ronda Cegah Jenayah IPD Beaufort diarahkan untuk pergi ke tempat kejadian.

“Suspek kemudian ditangkap dan berdasarkan pemeriksaan didalam beg suspek telah menjumpai wang tunai pelbagai nilai berjumlah RM228.20.

“Turut dirampas tabung surau dan alat yang digunakan oleh suspek untuk mengumpil tabung tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula 12 sehingga 15 Februari 2024 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular