HomeIsu tempatanIsteri cedera dipukul suami akibat cemburu

Isteri cedera dipukul suami akibat cemburu

Read Time:54 Second

BEAUFORT: Seorang lelaki telah ditangkap polis kerana mencederakan isterinya disyaki berpunca akibat cemburu dan menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah mengesahkan kejadian dan berkata tangkapan ke atas suspek seorang lelaki berumur 35 tahun telah dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan anggota Pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Menumbok bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Siaun Menumbok semalam.

Menurutnya, pada Sabtu (10 Feb) jam 10.00 pagi di dalam sebuah kereta di hadapan rumah, suami kepada pengadu secara tiba-tiba mengamuk dan memukul pengadu di bahagian muka.

“Pengadu berusia 34 tahun merupakan isteri kepada suspek mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan dan luka di bawah kening. Suspek juga telah mengugut untuk membunuh pengadu.

“Punca kejadian berlaku disyaki akibat suspek cemburu dan menuduh isterinya ada hubungan dengan lelaki lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, suspek kini di tahan reman selama empat hari bermula 12 hingga 15 Februari 2024 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular