HomeIsu tempatanHasrat dan impian PERTIS miliki kompleks pentadbiran akan dibantu

Hasrat dan impian PERTIS miliki kompleks pentadbiran akan dibantu

Read Time:1 Minute, 27 Second

Tawau : Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Sabah akan dibantu dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bagi manfaat ahli dan masyarakat keseluruhannya.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, pihaknya juga akan mendukung hasrat persatuan itu bagi membina sebuah kompleks pentadbiran persatuan.

“Saya akan membantu persatuan ini dalam hal merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk manfaat ahli dan masyarakat keseluruhannya. 

“Saya juga akan mendukung hasrat dan impian persatuan ini untuk mengadakan satu kompleks pentadbiran persatuan yang didalamnya merangkumi bahagian-bahagian seperti bahagian pentadbiran, percetakan kitab Braille, perpustakaan, kelas pengajian Al-Quran Braille dan pengajian lain serta pelbagai bahagian lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kem Bestari Solat dan Malam Apresiasi Orang Kelainan Upaya (OKU) PERTIS Wilayah Sabah 2024 di sini baru-baru ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya turut berharap agar persatuan itu mampu melahirkan individu dan masyarakat terutamanya daripada golongan OKU penglihatan yang terampil dalam pelbagai bidang.

Katanya, pihaknya juga berharap agar persatuan itu dapat melahirkan para agamawan yang bukan sahaja terampil dan berwibawa di negeri ini malah mampu memberikan sumbangan yang bermakna kepada agama, bangsa dan negaranya.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, penganjuran program kem bestari solat itu dilihat mampu mencipta momen- momen berharga yang akan dikenang sepanjang hayat.

Katanya,  rasional untuk program ini muncul adalah daripada kefahaman bersama bahawa pendidikan dan sokongan dalam hal kesempurnaan ibadah kepada golongan OKU penglihatan di negeri Sabah masih perlu diperkasakan.

“Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT agar segala usaha dan ikhtiar kita ke arah kebaikan diterimasebagai amal ibadah yang solleh.

“Marilah kita terus menyokong dan memahami bahawa kesejahteraan dalam kehidupan bergantung kepada sejauh mana kebergantungan dan hubungan kita dengan sang pencipta,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular