HomeUtamaKerajaan lancar Beras Putih Malaysia Madani bermula 19 Februari

Kerajaan lancar Beras Putih Malaysia Madani bermula 19 Februari

Read Time:37 Second

KUALA LUMPUR — Kerajaan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, penetapan harga siling baru bagi beras berkenaan akan berkuatkuasa 19 Februari dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac.

Menurutnya, dalam tempoh 10 hari itu kerajaan memberi peluang kepada pemain industri beras untuk membuat penyelarasan dari segi pembungkusan dan juga pemasaran.

“Penetapan harga siling tunggal untuk Beras Putih Malaysia Madani turut melibatkan beras 10 kilogram RM30, lima kilogram pada harga RM15.50 dan satu kilogram RM3.50.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular