HomeUtamaSabah tubuh jawatankuasa kerja ANMS-SMJ

Sabah tubuh jawatankuasa kerja ANMS-SMJ

Read Time:2 Minute, 53 Second

Kota Kinabalu : Sabah menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Sabah Maju Jaya (SMJ) yang akan mengetengahkan hasrat ke arah mencapai kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental bagi rakyat negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, ia termasuklah melantik Pegawai Penyelaras (Focal Point) mewakili setiap kementerian untuk menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti libat urus antara pelbagai jabatan dan agensi serta NGO.

Katanya, ANMS yang diperkenalkan Kerajaan merupakan satu pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti dan dirancang bagi membudayakan hidup sihat serta melestarikan persekitaran bagi menyokong kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan kerajaan itu telah dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun mulai 2021 sehingga 2030.

Tambahnya lagi, ANMS di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 hingga 2025 merupakan gagasan Kerajaan Negeri Sabah yang berpaksikan kepada tiga teras.

“Antaranya iaitu S (Sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan), M (Modal insan dan kesejahteraan rakyat) serta J (Jaringan Infrastruktur dan kelestarian hijau).

“Jelajah ANMS-SMJ yang dilaksanakan pada tahun 2022 merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosikan kesejahteraan kesihatan rakyat Sabah.

“Objektif ANMS adalah seiring dengan Hala Tuju SMJ yang bukan hanya memfokuskan kepada pembangunan ekonomi tetapi juga kepada modal insan, kesejahteraan rakyat, jaringan infrastruktur dan  kelestarian hijau. 

“Untuk pembangunan ekonomi yang mampan, kita memerlukan rakyat yang sihat bukan sahaja dari aspek fizikal malah mempunyai kesejahteraan mental,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa ANMS-SMJ Negeri Sabah.

James berkata, jelajah ANMS-SMJ yang dilaksanakan pada tahun lalu merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosikan kesejahteraan kesihatan rakyat Sabah.

Katanya, objektif ANMS seiring dengan Hala Tuju SMJ yang bukan hanya memfokuskan kepada pembangunan ekonomi tetapi juga kepada modal insan, kesejahteraan rakyat, jaringan infrastruktur dan  kelestarian hijau. 

“Untuk pembangunan ekonomi yang mampan, kita memerlukan rakyat yang sihat bukan sahaja dari aspek fizikal malah mempunyai kesejahteraan mental.   

“ANMS merupakan agenda negara dengan membudayakan cara hidup sihat melalui pemerkasaan rakyat dalam meningkatkan kesihatan kendiri menerusi kerjasama dengan rakan-rakan strategik kerajaan.

“Manakala ANMS SMJ pula, mengetengahkan hasrat ke arah mencapai kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental bagi rakyat Sabah. Gabungan konsep ANMS-SMJ ini adalah tepat pada masanya,” katanya 

Sementara itu, James berkata, kesihatan dijadikan keutamaan dalam semua rancangan pembangunan kerajaan dan agensi  melalui pendekatan ‘Whole of Nation’ dalam pelaksanaan ANMS.

Katanya,  penglibatan menyeluruh semua pihak sama ada agensi kerajaan, bukan kerajaan, swasta dan rakyat adalah penting untuk menjayakan ANMS dengan memainkan peranan masing-masing. 

“Melalui Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan bersama Kerajaan Negeri berkaitan ANMS yang telah dijalankan secara maya pada 21 Disember 2021, Kerajaan Negeri telah diminta untuk membentuk Jawatankuasa Kerja ANMS Peringkat Negeri yang akan bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan ANMS di setiap negeri. 

“Jawatankuasa ANMS-SMJ yang ditubuhkan di Negeri Sabah berfungsi untuk membincangkan gerak kerja, cadangan atau usul dan memastikan pelaksanaan ANMS meliputi semua peringkat melibatkan rakan strategik berdasarkan polisi, promosi dan inisiatif yang dirancang,” katanya.

Katanya, pemantauan akan dilaksanakan melalui Laporan Pencapaian Kemajuan ANMS yang akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan untuk diselaraskan bagi tujuan pengemaskinian pencapaian keseluruhan ANMS.

Menurutnya lagi, peranan Kerajaan Negeri dan penyertaan semua pihak adalah penting bagi memastikan kejayaan ANMS sehingga ke akar umbi.

“Tanpa sokongan erat, ianya akan menjejaskan pencapaian ANMS untuk menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia sebagai satu keutamaan melalui amalan hidup sihat.  Komitmen semua pihak diperlukan untuk bergerak sebagai rakan strategik,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPMKR

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular