HomeUtamaOPS TIRIS 3.0: KPDN berjaya merekodkan 330 kes, nilai rampasan RM5.15 juta

OPS TIRIS 3.0: KPDN berjaya merekodkan 330 kes, nilai rampasan RM5.15 juta

Read Time:2 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama semua agensi berkaitan telah melaksanakan OPS TIRIS 3.0 bermula 1 Januari hingga 15 Februari 2024 dan telah berjaya merekodkan sebanyak 330 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM5.15 juta.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sejumlah 3,257 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara menerusi OPS TIRIS 3.0 telah berjaya merekodkan sebanyak 330 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM5.15 juta membabitkan minyak diesel sebanyak RM4.76 juta, petrol RON95 sebanyak RM90,611, LPG sebanyak RM154,189, minyak masak sebanyak RM107,759 dan gula sebanyak RM35,737.

“Pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara merangkumi stesen minyak, pemborong, pengilang, kuari, pos kawalan dan lain-lain premis.

“OPS TIRIS yang dilaksanakan bertujuan membanteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang menyebabkan kerugian kepada negara dan menyebabkan bekalan bahan api itu tidak sampai kepada mereka yang selayaknya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Penyelarasan Tanggungjawab Membanteras Ketirisan Barang Kawalan Bersama Agensi-agensi Penguatkuasaan Di Negeri Sabah.

Menurutnya, OPS TIRIS 3.0 dilaksanakan susulan kejayaan yang positif berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah OPS TIRIS 1.0 dan 2.0 yang dilaksanakan mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 15,927 pemeriksaan sejumlah 877 kes termasuk 386 kes serahan agensi telah direkodkan dengan kuantiti rampasan sebanyak 6,441,118 liter minyak diesel bernilai RM14.2 juta, manakala nilai rampasan selain diesel berjumlah RM42.1 juta.

“Seramai 554 orang warganegara tempatan, 112 orang warganegara asing dan dua orang penduduk tetap telah ditahan yang menjadikan jumlah keseluruhan 668 orang.

“Bagi Negeri Sabah, sebanyak 1,026 pemeriksaan telah dilaksanakan dengan sejumlah 32 kes telah direkodkan dengan nilai rampasan sebanyak RM1.05 juta dalam tempoh OPS TIRIS 1.0 dan 2.0,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan bengkel yang diadakan hari ini, Armizan berkata ia bertujuan untuk memperkukuhkan penyelarasan dan kerjasama dalam penguatkuasaan membanteras ketirisan barang kawalan. Ini meliputi pelbagai aspek seperti keperluan logistik semasa tangkapan dan sitaan, bantuan keselamatan, perkongsian maklumat dalam dan serahan kes daripada pelbagai agensi kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDN.

“Pada masa yang sama, antara fokus utama bengkel adalah melihat kepada aspek meningkatkan ketangkasan pemantauan dan penguatkuasaan ketirisan subsidi bahan api/minyak diesel.

“Penambahbaikan mekanisme penguatkuasaan ini amat penting memandangkan Sabah dan Sarawak belum terlibat dalam perancangan penyasaran subsidi diesel di stesen-stesen minyak berbanding Semenanjung Malaysia yang dijangka akan bermula pada suku tahun kedua 2024,” katanya.

Sejumlah 16 Agensi Penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri di bawah KPDN telah menyertai bengkel tersebut yang berlangsung di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Antara agensi-agensi Penguatkuasan yang terlibat adalah seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi Pasukan Gerakan Am, IPK Sabah dan Ketua-Ketua Polis Daerah seluruh Sabah; Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia; Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Pendaftaran Negara; Dewan Bandaraya Kota Kinabalu; Eastern Sabah Security Command (ESSCOM); Jabatan Pengangkutan Jalan; Jabatan Laut Malaysia; Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM); Sabah Port Authority; Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB); Majlis Keselamatan Negara; Jabatan Perhutanan Sabah; dan Energy Commission Sabah (ECOS).

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular