HomeIsu tempatanUMS anjur program pupuk kesedaran hak kanak-kanak

UMS anjur program pupuk kesedaran hak kanak-kanak

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program ‘Fun Day Kids 2023’ bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai hak kanak-kanak.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPP, Dr. Roslee Talip berkata, penganjuran program itu juga bagi memberi peluang kepada para pelajar UMS untuk menganjurkan program yang melibatkan pihak luar. 

“Melalui program ini, para pelajar UMS dapat memupuk sikap kepimpinan, pengurusan masa dan gerak kerja, dan seterusnya saling bekerjasama untuk menjayakan program tersebut,” katanya. 

Beliau berkata terdapat tiga aspek perkembangan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang, iaitu melalui penguasaan kognitif, afektif dan psikomotor. 

“Kanak-kanak juga harus mengetahui dan belajar tentang langkah-langkah menjaga keselamatan diri apabila berada di sesebuah tempat. Pendidikan seksual dapat memperkasakan kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan serta melindungi hak mereka.

“Program ini juga merupakan usaha yang baik oleh para pelajar UMS untuk memberikan kesedaran sosial kepada kanak-kanak supaya dapat menanam dan mengamalkan semangat perpaduan, permuafakatan dan interaksi dengan membentuk sahsiah diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut yang diadakan di UMS baru-baru ini. 

Untuk rekod, seramai 50 kanak-kanak Tabika KEMAS Bolong Baru A dan Baru B Tuaran Sabah serta 32 pelajar PAKK UMS terlibat menjayakan program tersebut. 

Hadir sama bagi menjayakan program ini, ialah Ketua Program PAKK FPP UMS Dr. Juppri Bacotang; Prof. Madya Dr. Abdul Said Ambotang dan Saturia Amiruddin.

Antara pengisian menarik program ini ialah aktiviti senamrobik, sukaneka, aktiviti mewarna serta sesi ceramah berkaitan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) untuk kanak-kanak yang disampaikan oleh Pengetua Tadika Elit Ceria Q-Dees Putatan, Prisca Caroline Pius. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terap ilmu teknologi digital ekopelancongan kepada komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular