HomeUtamaSESB laksana Projek IPD khas, meter prabayar untuk setinggan di Tawau

SESB laksana Projek IPD khas, meter prabayar untuk setinggan di Tawau

Read Time:1 Minute, 0 Second

TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek IPD khas dengan meter prabayar untuk pembekalan elektrik kepada kawasan penempatan setinggan di daerah ini.

Projek IPD ini didapati amat berkesan setelah dilaksanakan di kawasan penempatan setinggan di Kampung Forest, Sandakan pada bulan Oktober 2023 sehingga kejadian gangguan bekalan elektrik, vandalisma dan kualiti voltan rendah di kawasan sekitar kini adalah minima.

Selain itu, pelaksanaan projek IPD di Kampung Forest, Sandakan juga membuktikan bahawa projek ini adalah ‘jawapan’ kepada isu penyambungan haram yang amat merugikan SESB
kerana tidak dapat mengutip hasil penggunaan elektrik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar, pihaknya telahpun mengenalpasti beberapa kawasan setinggan yang sesuai untuk projek IPD khas ini
termasuklah di Kampung Hidayat, Tawau.

Baru-baru ini, pihak SESB telahpun memulakan proses awal tinjauan bagi mendapatkan maklumat dan skop untuk melaksanakan projek ini.

Cadangan pelaksanaan projek ini kemudiannya akan diusulkan kepada pihak Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS) bagi tujuan untuk mendapatkan lesen IPD dan kadar tarif jualan.

Sementara itu, cadangan pelaksanaan projek IPD ini telahpun dikongsikan dengan Ahli
Parlimen P.190 Tawau, Datuk Lo Su Fui semasa lawatannya ke Kampung Hidayat, Tawau bersama-sama dengan Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada 22 Februari 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular