HomeUtamaWanita maut, kereta dipandu bertembung

Wanita maut, kereta dipandu bertembung

Read Time:1 Minute, 20 Second

BEAUFORT: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan kemalangan di Kilometer 12, Jalan Beaufort – Papar kawasan Lambunau semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.28 petang itu, Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort telah memaklumkan satu kemalangan telah berlaku melibatkan dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Perodua Kembara di lokasi tersebut.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa Toyota Hilux dipandu dari arah Pekan Beaufort menuju ke Membakut. Sampai di lokasi kejadian iaitu KM12, Jalan Beaufort – Papar di kawasan Lambunau, kenderaan Perodua Kembara yang datang dari arah bertentangan cuba untuk memotong namun tidak sempat masuk kembali ke laluan asal lalu bertembung dengan kenderaan Hilux,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Ismail, pemandu Perodua Kembara seorang wanita berumur 46 tahun dari Kg Balibata, Beaufort telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian pada jam 6.33 petang.

“Pemandu Toyota Hilux seorang lelaki berumur 59 tahun yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans, manakala isteri dan dua orang anaknya yang masing-masing berumur enam dan dua tahun telah dibawa sendiri ke Hospital Beaufort oleh waris mangsa untuk menerima rawatan lanjut.

“Isteri pemandu Toyota Hilux dan anaknya yang berumur enam tahun mengalami cedera ringan, manakala anak yang berumur dua tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mayat pemandu Perodua Kembara kemudiannya dibawa ke Hospital Beaufort dengan menggunakan kenderaan PDRM untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dipelawa meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan 2024 esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya