HomeIsu tempatanRatu Serimpak 2024 bakal dimahkotakan esok

Ratu Serimpak 2024 bakal dimahkotakan esok

Read Time:1 Minute, 13 Second

Tuaran: Debaran Pertandingan Ratu Serimpak 2024 akan terungkai esok apabila enam finalisnya bakal dimahkotakan pada kemuncak Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah.

Enam finalis itu adaah Siti Yunisah Mohd Ruzaleh mewakili daerah Tuaran, Nurul Hayati (Kota Belud), Lisa Abd Latif (Beluran), Nur Sharmayza Hanim Samsuddin (Lahad Datu), Baslizatun Asania Alli (Papar) dan Nor Anisah Napurun (Tenghilan).

Pertandingan yang berlangsung di Pentas Terbuka Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah malam tadi  menyaksikan seramai 16 peserta berentap dan hanya enam finalis berjaya mara ke pusingan penentuan bagi merebut gelaran Ratu Serimpak 2024.

Pemenang pertandingan Ratu Serimpak bakal menerima wang tunai RM3,500 dan sijil, naib juara pula memenangi RM2,500 berserta sijil manakala, tempat ketiga menerima RM1,500 berserta sijil.

Ketiga-tiga pemenang akan menerima tajaan pengajian bernilai sehingga RM42,000 daripada Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah (PRBSS), Datuk Musbah Jamli berharap pertandingan berkenaan dapat memupuk semangat cinta seni budaya di samping memartabatkan busana tradisional suku kaum terbabit.

Beliau turut menggesa agar semua pihak memikul tanggungjawab untuk mempertahan dan mengekalkan tradisi, adat, seni dan budaya Bajausama yang menjadi identiti dan lambang perpaduan.

Hadir sama, Pengerusi Pertandingan Ratu Serimpak 2024, Muhd Arziz Afizy Rumsani, Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajausama Negeri Sabah,  Datuk Abdul Kassim Razali dan Ketua Polis Daerah Tuaran,  Supt Noraidin Ag. Maidin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular