HomeUtamaKerajaan kecualikan kenaikan SST bagi bil letrik, air

Kerajaan kecualikan kenaikan SST bagi bil letrik, air

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Perkhidmatan yang menjadi keperluan asas selain gaya hidup gaya hidup rakyat di negara ini termasuk perkhidmatan air terawat dan elektrik dikecualikan daripada kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan bermula 1 Mac ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan elektrik hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600 kilowatt sejam (kWj).

“Hampir 85 peratus pengguna elektrik berada di bawah ambang ini, dan tidak terkesan dengan kenaan Cukai Perkhidmatan ini. Cukai Perkhidmatan juga tidak akan dikenakan kepada perkhidmatan air dirawat.

“Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam ke lapan peratus mulai 1 Mac ini menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti perniagaan.

“Ini bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kadar cukai kepenggunaan yang lebih tinggi khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting seperti makanan dan minuman, telekomunikasi serta logistik.

“Bagi menjayakan transformasi ekonomi, kerajaan mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara. Meskipun adanya keperluan untuk mengembangkan hasil negara, kerajaan perlu menimbangkan ini dengan mengambil kira keperluan melindungi rakyat daripada beban berlebihan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, Amir Hamzah berkata, kenaikan cukai beberapa barangan dan perkhidmatan tersenarai dalam sistem percukaian ditambah baik itu dijangka tidak menyebabkan kenaikan mendadak kepada harga perkhidmatan sekali gus tidak akan membawa kejutan kepada ekonomi.

“Ini kerana kenaikan kadar cukai sebanyak dua mata peratusan ini melibatkan beberapa perkhidmatan bercukai sahaja,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular