HomeUtamaNur Sharmayza dinobatkan sebagai Ratu Serimpak 2024

Nur Sharmayza dinobatkan sebagai Ratu Serimpak 2024

Read Time:1 Minute, 38 Second

Tuaran : Guru Sekolah Menengah (SM) St Dominic Lahad Datu, Nur Sharmayza Hanim Samsuddin,25, dinobatkan sebagai Ratu Serimpak sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Negeri Sabah 2024.

Gadis yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berjaya menewaskan 15 peserta dari seluruh Sabah.

Sharmayza ketika memperagakan busaha Bajausama – Foto Ihsan RU

Kemenangan itu membolehkan Sharmayza membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500, sijil penghargaan dan biasiswa pendidikan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) bernilai RM19,000 sehingga RM42,000 bergantung kepada kursus yang dipilih.

Peserta mewakili Beluran, Lisa Abd. Latif, 22, berjaya meraih tempat kedua sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan sijil penghargaan dan diikuti Siti Yunisah Ruzaleh, 21, mewakili Tuaran di tempat ketiga dengan hadiah RM1,500 serta sijil penghargaan. 

Sharmayza ketika memperagakan busaha Bajausama – Foto Ihsan RU

Sementara itu pemenang ditempat keempat hingga keenam masing-masing dimenangi Nurul Hayati Padlan,20, (Kota Belud); Baslizatun Asania Alli,24, (Papar) dan Nor Anisah Napurun,19 (Tenghilan).

Semua hadiah disampaikan Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Datuk Japlin Akim berkata, kesemua acara yang berlangsung dalam festival tersebut mendapat sambutan menggalakkan. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghadiri festival empat hari ini. Pada awalnya, kita menyasarkan tidak kurang daripada 10,000 orang pengunjung dan sehingga hari ini kita telah melepasi sasaran tersebut dan yang datang itu bukan sahaja daripada daerah Tuaran tetapi juga dari seluruh pelusuk Sabah datang berkampung di sini. 

“Ini merupakan tahun kedua penganjuran dan kita berharap dapat melaksanakan lagi pada masa hadapan dengan penambahbaikan setiap tahun,” katanya ketika ditemui selepas acara perasmian. 

Majlis perasmian penutupan festival disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Selain Ratu Serimpak, festival itu turut menganjurkan pertandingan Betitik, Bintang Soromas, Bengkel Bermain Muzik Tradisi, sukan rakyat dan Bengkel Tarian Tradisi Etnik Bajausama.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular